
Guru diberi pilihan rekod PBD luar talian, hibrid – KPM
PUTRAJAYA, 15 Feb – Guru yang merekod dan melapor tahap penguasaan pentaksiran bilik darjah (PBD) murid bagi sesi akademik 2022/2023 diberi pilihan untuk melakukan secara luar talian atau secara hibrid, kata Kementerian Pendidikan (KPM).
Menerusi kenyataan hari ini, KPM memaklumkan templat baharu untuk pengisian PBD bagi pelaporan ujian akhir sesi akademik 2022/2023 secara luar talian akan disediakan sebagai alternatif.
“KPM komited mengurangkan beban tugas guru dan memastikan kebajikan guru terpelihara,” menurut kenyataan itu.
Media sebelum ini melaporkan Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB) tidak berfungsi dengan baik dan akan ditutup sementara untuk ditambah baik.
Tindakan itu diambil KPM susulan rungutan daripada warga pendidik ekoran kesukaran mengakses SPPB untuk merekod dan melapor tahap penguasaan PBD menggunakan sistem itu.
SPPB ialah sistem pengurusan pentaksiran terkini, berterusan dan menyeluruh bagi semua jenis pentaksiran KPM sama ada berkaitan murid, guru dan institusi pendidikan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...