Guru dan kakitangan sekolah berasrama disaran jalani ujian RTK kendiri- Exco Kesihatan

Masa Membaca:57 Saat

SELANDAR 3 Dis- Semua guru dan kakitangan yang berkhidmat di sekolah berasrama disarankan untuk membuat ujian RTK kendiri setiap minggu bagi mengekang penularan COVID-19 di sekolah.

Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata kerajaan negeri sangat mengambil serius terhadap penularan COVID-19 dalam kalangan pelajar sekolah, sekaligus memberi saranan kepada guru-guru yang berkhidmat di sekolah-sekolah berasrama.

“Kerajaan negeri sangat mengambil serius perkara ini, saya ingin menasihati guru-guru terutama di sekolah berasrama, kalau boleh buatlah ujian RTK kendiri sekali seminggu untuk menjamin keselamatan anak-anak sekolah berasrama ini.

“Sebabnya mereka ini dah duduk dalam asrama, dah tak boleh keluar yang mana pembawa virus ini adalah daripada luar, mungkin cikgu atau pekerja yang membawa virus ini.

“Guru dan kakitangan memang tidak ada satu SOP yang mengatakan wajib buat RTK kendiri tapi saya nasihat mereka buatlah RTK kendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Selandar, petang tadi.

Saranan itu susulan kes pertama positif Covid-19 membabitkan seorang pelajar Tingkatan Lima sekolah tersebut yang mungkin berpunca daripada guru atau kakitangan sekolah terbabit.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

626
Kongsi :
Previous post Pelajar SBPI positif, punca dipercayai dari guru atau kakitangan sekolah- Exco Kesihatan
Next post Bank komersial diseru tidak ambil tindakan terhadap peniaga kecil gagal bayar balik pinjaman
Ubah saiz-+=