GUNTING RAMBUT RM5 DI PAKK

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

AYER KEROH 30 September – Orang ramai berpeluang mendapatkan khidmat gunting rambut dengan bayaran serendah RM5 di Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) Tuah, Taman Semabok Jaya.

Pengerusi Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK) Melaka Tengah, Mohd Shukri Ali berkata khidmat itu dilaksanakan menerusi ‘Program Barber In School’ oleh pelajar sekolah menengah terlatih.

Whatsapp Image 2024 09 30 At 2.26.23 Pm
MOHD Shukri.

“PAKK Tuah ini beroperasi setiap hari Isnin hingga Rabu bermula jam 3 hingga 7 petang bagi memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan khidmat gunting rambut. Kita laksanakan aktiviti ini bagi membantu ibu bapa berpendapatan rendah selain membantu para pelajar daripada keluarga B40 menjanan pendapatan sampingan.

“Pelajar terlibat adalah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rambai, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sultan Muhammad dan SMK Tun Mutahir,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Mohd Shukri berkata PAKK Tuah turut menyediakan kemudahan Internet jaringan tanpa wayar (WiFi) untuk kanak-kanak yang ingin menyiapkan kerja sekolah mereka.

“Pelbagai aktiviti diadakan di PAKK Tuah ini untuk mengisi waktu lapang kanak-kanak, kita turut melantik penyelia di sini untuk membantu mereka termasuklah WiFi percuma.

“Kita turut menyasarkan sekurang-kurangnya satu acara besar diadakan pada setiap bulan di setiap PAKK,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

35
Kongsi :
Previous post ANAK PENOREH GETAH KINI ‘ANAK EMAS’ UTEM
Next post MPAG MANTAPKAN PERKHIDMATAN KAUNTER
Ubah saiz-+=