Sorting by

×

Guna penceritaan sejarah promosi tempat pelancongan – Nancy

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

KUCHING 28 Jun  – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mahu tempat-tempat yang berpotensi di setiap negeri dipromosikan melalui penceritaan berhubung sejarah mereka yang tersendiri, kata menterinya Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata selain mengenal pasti tempat yang boleh dipromosikan, MOTAC juga mahu makanan tradisi serta pakaian tradisi di sesuatu tempat itu diketengahkan kerana setiap perkara itu mempunyai cerita yang menarik untuk dikongsikan.

“Setiap tempat, makanan serta pakaian tradisi yang dipersembahkan (hendaklah dipromosikan dengan) mempunyai jalan cerita yang menarik,” katanya selepas melawat Muzium Ranee Brooke di Bangunan Lama Mahkamah Kuching, di sini, hari ini.

Beliau mengambil contoh muzium berkenaan yang menceritakan kisah permaisuri pertama semasa zaman pemerintahan Rajah Brooke di Sarawak.

“Selaku menteri yang bertanggungjawab, saya akan berusaha mencari masa untuk pergi ke tempat-tempat lain yang menarik di seluruh negeri untuk melihat sendiri, pada masa yang sama kita (kementerian) membantu dari segi penambahbaikan di satu-satu tempat,” katanya.

Nancy berkata MOTAC juga mahu rakyat bersama-sama menjelajah tempat-tempat menarik untuk dikongsikan melalui media sosial bagi membantu mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang selamat dengan mengamalkan normal baharu.

“Dengan mengamalkan normal baharu ini, kita mahu rakyat berasa selamat, ia juga menunjukkan keyakinan kepada ornag ramai supaya tidak takut pergi melawat sesuatu tempat,” katanya.

– BERNAMA

Views:

336
Kongsi :
Previous post Lebih 62,000 pas perjalanan tanpa had My30 telah dijual sejak dilancarkan
Next post Laporan forensik punca kebakaran wad HSA diketahui satu atau dua hari lagi
Ubah saiz-+=