Sorting by

×

Gudang lama jadi ‘stesen minyak’ haram

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

PAYA RUMPUT 13 September – Taktik sindiket mengubahsuai gudang lama menjadi stesen minyak untuk menjual diesel beroperasi sejak sebulan lalu tumpas hasil serbuan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Bukit Aman.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos sara Hidup (KPDN) negeri, Norena Jaafar berkata, hasil sebuah ke gudang berkenaan di Paya Rumput, di sini, jam 11 pagi semalam, PDRM menahan empat suspek berusia 20 hingga 40-an, sebelum kes diserahkan kepada pihaknya.

Katanya, ketika serbuan suspek dipercayai sedang mengumpul sejumlah 25,200 liter minyak diesel bersubsidi yang disimpan di dalam tangki bernilai hampir RM100,000.

“Operasi sindiket ini sebenarnya membabitkan dua premis, satu digunakan sebagai stor penyimpanan manakala satu lagi dijadikan sebagai stesen minyak haram untuk menjual diesel yang disyaki diselewengkan.

“Kami mengesan satu lubang kecil pada dinding antara kedua-dua premis bagi menghubungkan diesel dari tangki simpanan ke gudang di sebelah. Beroperasi seolah-olah seperti sebuah stesen minyak ini merupakan modus operandi pertama dikesan di Negeri Melaka.

“Sindiket tidak lagi menghantar bekalan diesel kepada pembeli sebaliknya mereka berminat perlu datang ke sini bagi mendapatkan bahan bakar pada harga lebih murah berbanding pasaran,” katanya pada sidang media selepas serbuan itu.

WhatsApp Image 2023-09-12 at 4.41.01 PM
NORENA menunjukkan dinding yang terletak diantara kedua premis dipecahkan untuk menyalurkan tiub dari tangki simpanan ke premis sebelah untuk menjalankan jual beli minyak diesel bersubsidi secara haram

Menurutnya, suspek disyaki tinggal di premis berkenaan sejak lebih sebulan lalu berdasarkan penemuan peralatan memasak selain turut dilengkapi kemudahan tandas.

“Suspek yang diberkas ini adalah pekerja, mereka disyaki mengisi diesel di stesen minyak sekitar menggunakan lori sudah diubahsuai dan bahan bakar itu dikumpulkan di premis ini.

“Keseluruhan rampasan termasuk peralatan, diesel dan kenderaan dirampas dianggarkan bernilai RM320,000. Kes disiasat mengikut Seksyen 21 dan Seksyen 20 (1)Akta Bekalan 1961,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

955
Kongsi :
Previous post MiCoST perkukuh kerjasama pendidikan peringkat antarabangsa
Next post SPST: Panorama Melaka bakal tambah 8 laluan baharu
Ubah saiz-+=