
‘Groom’ kapten bas Panorama sempena TMM2024
BANDARAYA MELAKA 16 Januari – Seramai 32 pemandu Bas Panorama Melaka atau Kapten Bas mengikuti kursus ‘grooming’ agar tampil dengan imej lebih menarik dan kemas ketika bertugas sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
Pengurus Besar Panorama Melaka Sdn Bhd, Rohazam Bakar berkata kesemua Kapten Bas berkenaan dihantar mengikuti kursus secara berperingkat.
Rohazam berkata, mereka bukan sahaja dilatih sebagai pemandu bas profesional, sebaliknya tahu untuk melayani dan bersikap lebih mesra pelanggan.
“Selepas ini mereka akan memberikan lebih senyuman, cara melayan penumpang menggunakan perkhidmatan kami juga akan lebih mesra.
“Jika ada dalam kalangan penumpang yang mahu bertanya sesuatu mengenai Melaka mereka tahu dan boleh membantu,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini di Terminal Bas Melaka Sentral.
Beliau berkata, pihaknya ketika ini sedang menunggu kelulusan daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk menambah jumlah bilangan bas Panorama.
“Jika APAD meluluskan permohonan, maka laluan bas turut akan bertambah. Kita merancang akan meningkatkan laluan dari 17 kepada 18 dan pertambahan bas dari 24 kepada 51 buah,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...