GOVERNOR CUP, PIALA TOH PUAN 2024 HANGATKAN KALENDER SUKAN HUJUNG TAHUN

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

AYER KEROH 9 November – Kejohanan Liga Bola Sepak ‘Governor Cup’ Edisi Ketiga 2024 dan Liga Bola Jaring Piala Toh Puan Edisi Kedua 2024 akan menghangatkan kalender sukan hujung tahun ini.

Pengerusi Pertandingan Datuk Wira Nur Azmi Ahmad berkata, kejohanan tersebut bakal berlangsung bermula 9 November dan dijangka berakhir 12 Januari depan.

Menurutnya, sebanyak 24 pasukan akan beraksi pada kejohanan itu membabitkan 12 pasukan bola sepak dan 12 pasukan bola jaring yang akan berlangsung di empat lokasi berbeza.

“Untuk kejohanan bola sepak kita akan bermula pada 9 November manakala bola jaring akan bermula pada awal Disember depan dan kedua-dua acara ini dijadual berakhir pada awal Januari.

“Juara Governor Cup akan membawa pulang RM12,000 beserta piala pusingan, manakala naib juara berupa RM7,000 dan tempat ketiga serta keempat RM5,000.

“Manakala kejohanan bola jaring Piala Toh Puan pula menawarkan hadiah RM3,500 untuk juara dan piala pusingan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Kejohanan Liga Bola Sepak ‘Governor Cup’ Edisi Ketiga 2024 dan Kejohanan Liga Bola Jaring Piala Toh Puan Edisi Kedua 2024, di Taman Seribu Bunga, di sini, malam tadi.

Pelancaran kejohanan itu telah disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri, Toh Puan Datuk Wira Asmah Abd Rahman.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk VP Shanmugam; Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tan Sri Hamidin Mohd Amin serta lain-lain kenamaan.

Governor Cup Edisi Ketiga 2024 bakal disertai pasukan seperti MBMB Warriors FC, PSP FC, Taming Sari, Morten FC, SSN FC, Budiman Cergas FC, Perma FC dan Jebat FC.

Manakala saingan bola jaring membabitkan Istana Melaka Team, SUK Melaka NC, SSN Resilience, ISDA NC, PDRM, Starlight NC, SU Fighter NC, Dragonites NC, UiTM Melaka, Spitfire Netballers dan Melaka Mysti.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

69
Kongsi :
Previous post 5 PREMIS JUDI DI JASIN DIPOTONG BEKALAN ELEKTRIK
Next post LPM SIAPKAN 4 RUMAH TRANSIT TAHUN INI
Ubah saiz-+=