Sorting by

×

‘Gorgon’ sado tapi manja….

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

AYER KEROH 24 Jun – “Nampak sahaja berbadan besar dan bengis tetapi naluri dalaman lembu sado ini sangat manja dan gemar dibelai berbeza dengan lembu kampung,” kata Maszuli Marito, 51, ketika berkongsi sifat lembu sado kesayangannya yang digelar ‘Gorgon’.

Maszuli berkata, jika ada yang beranggapan lembu dengan fizikal besar dan berotot atau popular dengan panggilan lembu sado sebagai ganas serta garang ia adalah tidak benar sama sekali.

Dia yang berpengalaman dalam bidang penternakan selama tujuh tahun berkata, lembu sado sangat manja dan tidak agresif.

“Malah, cara penjagaan juga tidak cerewet, makan rumput dua kali sehari, mandi juga dua kali sehari. Selain itu saya kerap beri vitamin dan divaksin mengikut keperluan bagi memastikan ternakan sentiasa dalam keadaan sihat.

“Lembu sado jantan pada kebiasannya boleh mencapai berat hingga satu tan. Kalau betina pula antara 400 hingga 600 kilogram (kg) seekor, tetapi semuanya bergantung kepada faktor penjagaan,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini (MHI) pada Program Melaka Agrofest di Dataran Sejarah Ayer Keroh, di sini, semalam.

WhatsApp Image 2023-06-23 at 3.19.38 PM
MASZULI membelai lembu sado miliknya yang digelar ‘Gorgon’

Katanya, setakat ini dia mempunyai enam jenis baka lembu sado diimport dari Itali, Perancis, Belgium dan Australia yang sesuai untuk diternak dalam suasana iklim di Malaysia.

“Keseluruhan saya da 14 ekor lembu sado dan enam lembu ‘breeding’ (kacuk). Seekor lembu sado betina makan tidak lebih RM10 kosnya, kalau jantan pula dalam RM15.

“Bagi seekor lembu sado dengan berat hampir satu tan harganya boleh mencecah hingga RM30,000. Sebenarnya harga ini mengikut kepada penjagaannya, biasanya yang menternak lembu sado ini lebih kepada hobi.

“Lembu ini pula sangat manja tidak banyak bergerak, hanya duduk dalam kandang (umpama hotel), kemudian diberikan makan dan mandi setiap hari,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2316
Kongsi :
Previous post Dua penunggang parah gagal elak Myvi masuk simpang
Next post MAIM peruntuk RM69,000 untuk MINDA
Ubah saiz-+=