Gondol 28 pingat : UTeM menang besar di EREKA 2021
DURIAN TUNGGAL 22 Feb. – Kumpulan penyelidik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) merangkul 28 pingat dan satu anugerah khas menerusi Ekspo Maya Rekacipta dan Pameran Penyelidikan (EREKA 2021), baru-baru ini.
Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Wira Dr Raha Abdul Rahim berkata, ia kejayaan besar UTeM apabila semua produk inovasi yang menyertai pertandingan itu membawa pulang pingat.
“Kejayaan ini sekali gus melonjakkan jenama UTeM dan memberi pengiktirafan kepada kumpulan penyelidik yang bertungkus lumus menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi.
“Ini turut memberi sumbangan secara langsung kepada masyarakat serta komuniti dunia selaras dengan konsep TUNAI iaitu Technology at University Advancing Industry and Community,” katanya.
Beliau berkata demikian pada EREKA 2021 yang diadakan secara atas talian anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), baru-baru ini.
Katanya, menariknya produk inovasi UTeM Chelonian berjaya merangkul anugerah berganda yang mana bukan hanya pingat emas, malah memenangi anugerah khas.
Pada ekspo itu, UTeM meraih 10 pingat emas antaranya produk Chelonian diketuai Prof Madya Ts. Dr. Mohd Yuhazri Yaakob; Kenaf/PLA Biodegradable Filament diketuai Dr. Nadlene Razali; BioBiG- Biodiesel Biji Getah diketuai Mahanum Mohd Zamberi dan Bio-Dur Packaging diketuai Dr. Ridhwan Jumaidin.
Sementara itu, 15 produk inovasi UTeM merangkul pingat perak antaranya Graphene Nanoparticle Conductive Ink for Future Wearable and Healthcare Application, Automotive Electronic Packaging Safety using Graphene Stretchable Conductive Ink, Self-Healing Polymeric Coatings (SeHPC), Paddy Seed Planter Robot(PSPRobot) dan Satay Xpress (Satay Skewing Machine).
Pingat gangsa pula diraih bagi produk inovasi Door Lock System For Homestay Business With Android Application, Smart Home Automation dan Parcel Delivery Application with Route Optimization based on Android Platform.
UTEM 28 1- UTEM merangkul 28 pingat dan satu anugerah khas menerusi EREKA 2021 secara atas talian, baru-baru ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.