
Golongan uzur tidak diabaikan
GADEK 22 Jun – Nasib golongan uzur dalam meneruskan kehidupan tidak diabaikan malah terus diberi perhatian bagi mendapatkan kebajikan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek, VP Shanmugam berkata, pihaknya sentiasa cakna dengan isu berkenaan bagi memastikan seluruh penduduk dalam DUN itu kekal mendapat perhatian kerajaan.
Katanya, hasil kerjasama pihak Jawatankuada Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) kawasan itu telah mengenal pasti beberapa keluarga yang seharusnya menerima bantuan kebajikan bagi meneruskan kehidupan.
“Kesemua keluarga yang dikenalpasti akan diberikan bantuan dari seperti lampin pakai buang, wang tunai dan bantuan kerusi roda yang diserahkan sendiri.
“Hasil lawatan yang dijalankan sebanyak 10 keluarga telah dikenalpasti bagi menerima bantuan berkaitan bagi membantu mengurangkan bebanan yang dihadapinya,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Dalam pada itu, Shanmugam berkata pihaknya sentiasa cakna dengan pembangunan penduduk yang terkesan dan akan terus menghulurkan bantuan sewajarnya malah akan sentiasa mendengar keluhan penduduk terlibat bagi memastikan kebajikan mereka terjamin.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...
DUA BERADIK MAUT DIPERCAYAI LANGGAR LAMPU ISYARAT
JOHOR BAHRU 21 April - Dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima...
MMC LANCAR ‘HEALTH & LEISURE CARD’ PERTAMA DI MALAYSIA
BANDAR HILIR 21 April - Bagi menarik lebih ramai pesakit domestik dan antarabangsa Mahkota Medical Centre (MMC) mengambil inisiatif melancarkan...