
Golongan OKU akan terus dibela, dihargai – Ismail Sabri
KUALA LUMPUR, 3 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan akan terus membela dan menghargai segenap lapisan masyarakat tanpa meminggirkan sesiapa, terutamanya golongan orang kurang upaya (OKU) selari dengan semangat Keluarga Malaysia.
Beliau berkata dengan nilai kebersamaan, kerajaan akan memastikan golongan OKU diberikan hak sama rata dalam pelbagai aspek kehidupan.
“Kekurangan itu bukan satu kelemahan, bahkan ia satu keistimewaan yang perlu dilindungi bagi melengkapi kita semua,” katanya dalam catatan di laman Facebook beliau sempena Hari OKU Sedunia yang disambut hari ini.
Perdana Menteri turut menyambut baik tema sambutan Hari OKU Sedunia tahun ini iaitu “Kepimpinan dan Penyertaan OKU Menuju Endemik COVID-19”.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...