Golongan miskin, B40 dan M40 layak terima Bantuan Khas COVID-19 mulai Ogos
PUTRAJAYA 28 Jun – Rakyat daripada pelbagai golongan termasuk miskin tegar, B40 dan M40 layak menerima Bantuan Khas COVID-19 (BKC) bermula Ogos depan.
Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang dipancarkan secara langsung, hari ini.
Menurutnya, bagi golongan isi rumah miskin tegar akan menerima bantuan keseluruhan berjumlah RM1,300 yang akan dibayar secara berperingkat bermula Ogos (RM500, November (RM500) dan bakinya pada Disember.
Sementara itu, beliau berkata, golongan isi rumah B40 pula akan menerima bantuan RM800 yang akan dibayar dalam dua peringkat iaitu RM500 pada Ogos dan RM300 pada Disember, manakala golongan isi rumah M40 akan menikmati bantuan RM250 pada Ogos.
“Bagi individu bujang miskin tegar pula akan menerima bantuan RM400 yang akan dibayar pada Ogos (RM100) dan Nobember (RM300).
“Individu bujang kategori B40 pula akan menerima bantuan RM200, manakala golongan bujang M40 bakal menerima RM100 yang mana kedua-duanya akan dibayar pada Ogos,” katanya.
Menurutnya jumlah keseluruhan yang diperuntukkan kerajaan menerusi BKC ini ialah sebanyak RM4.6 bilion yang mana ia akan memanfaatkan lebih 11 juta orang di seluruh negara.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...

