Sorting by

×

GOLF BERPOTENSI JADI SUKAN PELANCONGAN NEGERI MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 14 Disember – Sebagai salah satu sukan yang dilihat berpotensi melahirkan ramai pelapis berbakat, Kerajaan Negeri meminta semua Persatuan Golf di Melaka untuk perhebat sektor sukan tersebut.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, berharap persatuan-persatuan mengambil peluang dan menggarap inisiatif untuk memperhebatkan lagi sukan golf di Melaka.

“Saya difahamkan negara kita antara destinasi tumpuan pemain golf dari Korea, untuk bermain secara sosial atau melatih remaja mereka dalam sukan ini secara intensif melalui
akademi atau kelab yang diwujudkan di Malaysia.

“Ini merupakan satu petanda baik untuk mempromosi Melaka memandangkan kita ada lima padang atau kelab golf termasuk Jasin Heritage Golf yang mempunyai enam lubang.

“Saya yakin, sukan golf berpotensi besar untuk melahirkan lebih ramai ‘golfers’ yang
profesional setanding dengan pemain negara Jepun dan Korea Selatan, sekali gus menjadikan ia sebagai sukan pelancongan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Golf Piala Ketua Menteri Melaka Sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad serta Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman,

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

89
Kongsi :
Previous post MAIM AGIH SUMBANGAN PERSEKOLAHAN KEPADA 8,800 ANAK ASNAF
Next post BANGUNAN IPD MELAKA TENGAH LAMA, DIJADIKAN MUZIUM PDRM
Ubah saiz-+=