Gold Award bukti profesionalisme PPSPM

Masa Membaca:57 Saat

BANDARAYA MELAKA 7 Ogos – Pengurusan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) yang cemerlang dalam mengendalikan perkhidmatan Melaka River Cruise (MRC) ‘membuahkan hasil’ apabila produk pelancongan tersohor Melaka itu dianugerahkan Gold Award Aqua & Marine Tourism.

Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan dan Kewangan yang menjalankan tugas Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM Khairunnisa Ibno Masooda berkata, anugerah itu diterima daripada Malaysia Tourism Quality Assurance menerusi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

“Pengiktirafan ini adalah suatu penghargaan bukan sahaja kepada kami tetapi juga Kerajaan Negeri Melaka yang banyak memberi sokongan kepada PPSPM dalam memberikan perkhidmatan terbaik.

“Antara aspek yang dinilai sehingga membolehkan MRC dianugerahkan Gold Award ini adalah kemudahan pengurusan pelancongan yang kita sediakan kepada pelancong dan pengguna perkhidmatan MRC,” katanya.

Menurutnya, tempoh sah laku pengiktirafan Gold Award Aqua & Marine Tourism yang diterima baru-baru ini itu adalah selama dua tahun dan akan berakhir pada 2026.

“Pengiktirafan ini, sekali gus membuatkan PPSPM begitu komited kearah melaksanakan penambahbaikan perkhidmatan kepada pelancong terutamanya pengunjung MRC.

“Ini juga adalah suatu yang boleh kita banggakan ketika Melaka kininsedang menyambut Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024),” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

144
Kongsi :
Previous post Masjid Ayer Barok, 107 tahun masih gah
Next post Jalur Gemilang gergasi gah berkibar di Graha Makmur
Ubah saiz-+=