Ghafaar Atan meninggal dunia
Masa Membaca:27 Saat
AYER KEROH 17 Nov – Bekas Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan meninggal dunia sebentar tadi.
Allahyarham yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan meninggal dunia di Hospital Melaka pada usia 65 tahun.
Perkara itu disahkan Setiausaha Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Mustafa Musa ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI).
Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan punca kematian Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah itu.
Sebelum ini, Abdul Ghafaar dilaporkan kritikal di Hospital Melaka selepas dijangkiti COVID-19.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
565