
Gesa kerajaan kaji kenaikan harga bahan mentah
BANDA HILIR 21 Okt. – Kenaikan mendadak harga barang mentah di seluruh negara memerlukan penyelesaian segera, kata Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Katanya, sekiranya wujud elemen ketidakadilan seperti monopoli pihak tertentu hingga menyebabkan harga barang mentah naik mendadak, kementerian terlibat boleh mengawal dengan mengenakan akta kawalan harga.
Beliau berkata demikian selepas menjawab soalan daripada wakil Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Melaka yang mempersoalkan kenaikan mendadak sehingga 70 peratus harga barang mentah dalam sektor makanan dan pembinaan sejak banyak sektor kembali dibuka.
Sesi dialog itu diadakan di Hotel Hatten Melaka, hari ini.
Berita lanjut menyusul
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.