
GERGASI TELEKOMUNIKASI SINGAPURA KOMITED PERLUAS PELABURAN DI MELAKA
BANDARAYA MELAKA 21 Mac – Melaka terus menjadi lokasi strategik bagi syarikat telekomunikasi gergasi Singapore Telecommunications (Singtel) memperluaskan perkhidmatannya di negeri ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, justeru itu Kerajaan Negeri juga komited untuk menyokong rancangan pengembangan operasi syarikat tersebut telah beroperasi di Melaka sejak 1998.
“Kita akan memberikan sokongan penuh bagi memastikan pelaburan Singtel terus berkembang di Melaka, seiring dengan usaha menarik lebih banyak pelaburan berimpak tinggi ke negeri ini.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada Singtel yang telah beroperasi di Melaka, mereka mempunyai lebih 650 kakitangan yang berdedikasi untuk membantu Singtel di Singapura sebagai pusat perkhidmatan ulung di luar Singapura iaitu di Melaka.
“Mereka juga sedang merancang untuk membesarkan lagi perkhidmatan ini di Melaka dan Kerajaan Negeri akan cuba membantu sebaik mungkin bekerjasama memastikan lebih banyak pelaburan akan dibawa ke negeri ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Sintel Singapura Ng Tian Chong di Jaya99 Jalan Tun Sri Lanang, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut Ab Rauf berkata kerjasama itu akan mengukuhkan lagi kedudukan Melaka
sebagai hab utama perkhidmatan pelanggan global.
“Sudah tentu Melaka akan memperlihatkan daya saing negeri dalam menarik pelaburan yang berimpak tinggi,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.