Sorting by

×

Geran RM1 juta untuk teknologi ternakan ketam di Sungai Rambai

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

SUNGAI RAMBAI 3 Ogos – Pusat penternakan ketam menerusi inisiatif pemindahan teknologi dari Korea Selatan, bagi penghasilan benih bakal dibangunkan di perairan Sebatu, di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai, Siti Faizah Abdul Azis berkata, pembangunan pusat itu susulan daripada penerimaan tajaan geran bernilai kira-kira RM1 juta menerusi usahasama yang dijalankan.

Katanya, bagi menjadikan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sebagai lokasi projekpenyelidikan akuakultur pihaknya menjalinkan usahasama dengan Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatij (I-AQUAS) serta Universiti Putra Malaysia (UPM).

“Pasukan penyelidik terlibat telah membuat kertas cadangan untuk dihantar ke negara yang mempunyai teknologi dan kepakaran dalam bidang akuakultur, akhirnya usaha ini membuahkan hasil apabila kita menerima geran tersebut.

“Hasrat kita adalah mahu jadikan Sungai Rambai, khususnya sebagai lokasi agropertanian dan ekopelancongan, malah kita juga komited untuk membangunkan pusat penyelidikan serta pembenihan hasil,” katanya.

Siti Faizah yang juga Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem berkata, geran yang diterima itu hanya membabitkan teknologi dan tidak meliputi pembangunan infrastruktur.

“Ini hanya untuk teknologi sahaja bukan infrastruktur atau bangunan. Untuk bangunan kita masih lagi dalam perbincangan bersama agensi yang terlibat.

“Kita turut berhasrat sekiranya UPM bersama dengan Korean Selatan dapat menjemput Kerajaan Negeri Melaka untuk kita tengok sendiri teknologi yang akan diperkenalkan kepada kita,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

775
Kongsi :
Previous post Pendaftaran pelajar baharu PMM meningkat, capai 100 peratus
Next post Promosi Bible di kawasan pelancongan: Polis Melaka terima 4 laporan
Ubah saiz-+=