Gerakan sedia hadapi PRN Melaka
BANDAR MELAKA 10 Okt. – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) sedia mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka jika ia diadakan.
Presidennya, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, pihaknya telahpun bersiap siaga untuk menghadapi PRN jika diadakan bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri ini.
“Memang bagi parti Gerakan jentera-jentera di seluruh negara pun sudah bersiap untuk Pilihan Raya Umum ke-15.
“…kita tidak menyangka ada PRN Melaka, ini bukan satu perkara yang luar biasa bagi parti Gerakan.
“Persediaan dari segi jentera, calon serta latihan dalam mengatasi cabaran norma baru juga sudah dilaksanakan.
“Oleh itu jika tidak dapat dielakkan, kita akan bersiap sedia untuk PRN Melaka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Persidangan Perwakilan Gerakan Negeri Melaka 2021 di sebuah restoran di sini hari ini.
Ujarnya bagaimanapun beliau bimbang sekiranya PRN Melaka diadakan ia akan meningkatkan penularan wabak COVID-19 di negeri ini.
“Bagi parti Gerakan, pendirian kita memang kita tak nak PRN Melaka dilaksanakan.
“Ini kerana tiada apa yang lebih penting daripada nyawa rakyat. Dan kita bimbang, wabak itu tidak boleh dikawal.
“Kita dah pelajari daripada PRN Sabah semua di luar kawalan hingga wujudnya kluster baharu,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
ALAMAT DIGITAL ‘MASA DEPAN’ UNTUK ORANG KAMPUNG
KUALA LINGGI 18 Januari - Pengenalan alamat digital dan kod QR lokasi rumah menerusi inisiatif Kampung Digital bakal memacu masa...
W.R.U.R: MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU, INTERNET PERCUMA UNTUK RAKYAT KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Menara telekomunikasi baharu akan dibina di Kampung Telok Gong, di sini, bagi menambah baik jaringan...
W.R.U.R: KETUA MENTERI PROMOSI PRODUK MELAKA HARI INI
KUALA LINGGI 18 Januari - Melaka Hari Ini Sdn Bhd antara syarikat, jabatan dan agensi yang terlibat pada Program Wakil...
W.R.U.R BERI KESAN MENDALAM KEPADA RAKYAT
KUALA LINGGI 18 Januari - Edisi sulung Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) telah memberi kesan mendalam kepada penduduk Dewan...
W.R.U.R JELMAKAN LEBIH 40 PENCAPAIAN UNTUK WARGA KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Penganjuran edisi pertama Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala...
MASYARAKAT KUALA LINGGI DAPAT LIMPAHAN W.R.U.R
KUALA LINGGI 18 Januari - Masyarakat majmuk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi mendapat pelbagai limpahan manfaat menerusi...