Gerak RAHMAH perkukuh peranan komuniti di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

SUNGAI RAMBAI 23 September – Program Gerak RAHMAH 2023 menjadi platform terbaik memperkukuh peranan komuniti di negeri ini.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem berkata, pemerkasaan komuniti dalam Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negeri juga dapat membantu kerajaan membina Malaysia MADANI.

Malah, beliau berkata, program seumpama itu juga dapat membentuk keharmonian kaum dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat.

“Program seumpama ini adalah antara platform yang penting untuk kita semua bersatu dalam semangat perpaduan kerana dapat membuka peluang untuk saling memahami, menghormati dan berkerja bersama bagi mencapai matlamat bersama.

“Secara tidak langsung juga, komuniti dapat meneroka pelbagai budaya dan tradisi dalam membina jalinan persaudaraan yang kukuh.

“Pada masa sama, ia juga dapat menjadi medan untuk merapatkan jurang antara kita. Mari kita jadikan kepelbagaian (masyarat berbilang bangsa) sebagai kekuatan bukannya kelemahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Gerak RAHMAH 2023: Jom Gerak Muhibah Peringkat Negeri Melaka, di Dewan Rambai Istana, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai Siti Faizah Abdul Azis dan Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi.

Mengulas lanjut, Hee Sem yang juga Adun Machap Jaya menyeru rakyat di negeri ini mempraktikkan amalan kerjasama dan bertoleransi dalam komuniti.

Katanya, dua perkara itu menjadi kunci kepada keamanan dalam sebuah negara mahupun negeri yang mempunyai penduduk berbilang kaum.

“Kita perlu bersatu dalam sebagai satu komuniti yang teguh untuk mengatasi cabaran di masa akan hadapan jadi kuncinya adalah kerjasama dan toleransi.

“Kebersamaan, kesatuan dan keharmonian dalam masyarakat juga penting dalam kehidupan sebuah komuniti agar dapat mencapai kesepakatan dalam melakukan sesuatu perkara,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1347
Kongsi :
Previous post TMM2024: Perzim bakal kembalikan peristiwa 20 Februari 1956
Next post Pantai Puteri bertambah ceria sempena TMM2024
Ubah saiz-+=