
Gerai jualan bantu ekonomi golongan muda
PERINGGIT 15 Jan – Gerai jualan makanan di perkarangan bangunan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Pengkalan Batu, antara inisiatif dilakukan bagi membantu ekonomi golongan muda.
ADUNnya Datuk Kalsom Nordin berkata, ekonomi golongan muda antara yang dijanjikan dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu dan ia perlu dilaksanakan.
Beliau berkata, ekonomi golongan ini perlu ditingkatkan selepas ada diantara mereka terkesan dengan pandemik COVID-19.
“Kita di JAPERUN kini dalam perancangan untuk mengadakan gerai jualan makanan untuk orang muda.
“Jadi orang muda ini boleh berniaga dan di situ juga kita akan cuba dapatkan satu atau dua trak makanan selain mereka yang datang boleh menikmati makan sambil ada muzik dari buskers,” katanya.
Beliau berkata demikian pada program gotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam Peringgit, hari ini.
Menurutnya, dengan adanya aktiviti jualan seperti itu ia secara tidak langsung akan mengimarahkan bangunan berkenaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...
ASAM PEDAS TETEL PENGGANTI BUBUR LAMBUK
KLEBANG 12 Mac - Penduduk Kampung Balik Buloh, Klebang Besar memecahkan tradisi, apabila menjadikan asam pedas sebagai pengganti bubur lambuk...
TUJUH DEKAD PERZIM LESTARI WARISAN, PERKUKUH IDENTITI BANGSA
AYER KEROH 12 Mac - Selama tujuh dekad, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memainkan peranan besar sebagai sebuah institusi yang bukan...