Sorting by

×

GENG 04 ATAU 30 BERI RUANG ANAK JATI MELAKA BERBAKTI

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

KUALA LINGGI 18 Januari – Penubuhan Geng 04 atau 30 iaitu kumpulan sukarelawan bencana dan gotong-royong bakal memberi pendedahan kepada rakyat Melaka untuk terlibat dalam program atau aktiviti amal.

Menurut Nurliyana Merhalim, 24, penubuhan Geng 04 atau 30 itu adalah satu inisiatif yang amat baik khususnya kepada anak muda untuk terlibat dengan aktiviti sukarelawan.

Dia berpendapat, inisiatif itu wajar diperluas ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh Melaka dalam memberi peluang kepada para mahasiswa menyertai kerja-kerja amal yang dilaksanakan.

“Jika diperluas ke seluruh IPT Melaka, saya percaya ramai anak Melaka yang mahu bersama di bawah Geng 04 atau 30 ini bagi menjalankan kerja-kerja sukarelawan ini,” katanya.

Nada sama turut disuarakan Muhammad Ashraf Safwan Mohd Khaleed, 21 yang berasal dari Masjid Tanah.

Jelasnya, penubuhan Geng 04 atau 30 itu membuka ruang dan peluang kepada anak jati Melaka berbakti kepada negeri sendiri.

“Pada hemat saya, penubuhan geng ini wajar dan mampu menghimpunkan anak-anak Melaka dari seluruh negeri ini dalam menjalankan kerja-kerja sukarelawan ini.

“Di samping itu, ia juga dapat mengeratkan silaturahim selain menyatukan anak-anak jati Melaka,” katanya.

Dalam pada itu, Nur Aliah Osman, 19 berkata skop kumpulan sukarelawan Geng 04 atau 30 itu wajar diperluas sehingga ke peringkat akar umbi.

“Pada saya penubuhan kumpulan itu bagus dan dari sudut pandang sebagai pelajar kejururawatan, sedikit sebanyak mungkin kami boleh membantu untuk memberi rawatan (ringan) dan sebagainya dalam menjalankan kerja-kerja sukarelawan,” jelasnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

64
Kongsi :
Previous post ‘BANTUAN INI BESAR MAKNANYA’
Next post RUMAH KAHWIN MERCU EKONOMI KUALA LINGGI
Ubah saiz-+=