Gempa bumi lemah berlaku di Beluran, Sabah

Masa Membaca:20 Saat

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Satu gempa bumi lemah berukuran 3.8 pada skala Richter berlaku di Beluran, Sabah pada 8.39 malam tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) gempa dengan kedalaman tujuh kilometer (km) itu berlaku pada jarak 47km Timur dari Pitas, Sabah.

Menurut kenyataan itu, gegaran mungkin dirasai di Beluran dan kawasan sekitarnya.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1589
Kongsi :
Previous post KPWKM maklum sesetengah polis enggan terima laporan keganasan rumah tangga
Next post Polis menemukan petunjuk baharu kes mayat wanita dalam gaung
Ubah saiz-+=