
GEMPA BUMI DI TIMUR INDONESIA, TURUT DIRASAI DI SABAH
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan malam ini turut melaporkan bahawa gempa bumi tersebut berlaku pada jarak 210 kilometer timur laut dari Palu, Indonesia.
Menurut MetMalaysia, gempa bumi sederhana pada kedalaman 80 kilometer itu berlaku pada koordinat 0.5 darjah Utara dan 121.2 darjah Timur.
MetMalaysia turut meminta orang ramai yang merasai gegaran tersebut untuk mengisi borang soal selidik di pautanĀ https://forms.gle/UUwf3JsW9kthTVr38.
Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah ketika dihubungi berkata pihaknya telah menerima maklumat tentang gegaran yang dirasai di tiga kawasan tersebut dan pemantauan situasi itu sedang dilakukan.
“Setakat ini tiada laporan kejadian tidak diingini diterima dan pihak kami sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan,” katanya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...