GEMA QASIDAH, SELAWAT SINARI AYER MOLEK
AYER MOLEK 25 Oktober – Ribuan umat Islam membanjiri perkarangan Kompleks Japerun Ayer Molek malam ini bagi mengalunkan qasidah dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Ia diadakan bersempena Program Ayer Molek Berselawat dan Karnival Sejahterakan Bandarayaku Peringkat DUN Ayer Molek Tahun 2024M/1446H.
Program yang diadakan selepas solat Isyak itu dimulakan dengan qasidah serta selawat kepada Nabi Muhammad SAW, disusuli doa maulid yang dibacakan Alfadhil Tuan Guru Muhammad Hatta Abd Rahim.
Umat Islam dari pelbagai daerah hadir memeriahkan program tersebut bagi bersama-sama memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW.
Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Molek Datuk Rahmad Mariman dan Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Shaifulfazlee Mohamad.
Pada program itu turut diadakan ceramah yang disampaikan Ustaz Harryanto Rizal Rokman mengenai manfaat dan kebaikan mengalunkan selawat Nabi Muhammad SAW.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
SUKARELAWAN GENG 04 ATAU 30
SERI NEGERI 27 Disember - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mempelawa semua rakyat Melaka menyertai sukarelawan Geng...
LIMA TAPAK RV DISEDIAKAN TAHUN HADAPAN
SERI NEGERI 27 Disember - Lima tapak 'Recreational Vehicles' (RV) atau Kenderaan Rekreasi disediakan pada tahun hadapan bagi memudahkan dan...
MELAKA KEKALKAN INISIATIF BAJET LEBIHAN 2025
SERI NEGERI 27 Disember - Kerajaan Negeri, hari ini, membentangkan Bajet 2025 dengan anggaran Perbelanjaan Mengurus berjumlah RM497.7 juta dengan...
MELAKA APLIKASI AI DALAM PEMBANGUNAN BANDAR PINTAR
SERI NEGERI 27 Disember - Penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) memainkan peranan penting dalam pembangunan bandar dan infrastruktur pintar, kata...
PENJAWAT AWAM MELAKA DAPAT DUA BANTUAN KHAS KEWANGAN
SERI NEGERI 27 Disember - Penjawat awam Negeri Melaka bakal menerima dua bantuan khas kewangan, umum Ketua Menteri Datuk Seri...
JEJANTAS TUN TEJA NAMA BAHARU JEJANTAS MELAKA SENTRAL
SERI NEGERI 27 Disember - Jejantas Melaka Sentral bakal dikenali dengan nama baharu iaitu Jejantas Tun Teja. Ketua Menteri Datuk...