Sorting by

×

Gelang ‘pink’ di sebalik jaket

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

AYER KEROH 9 Nov. – Tindakan seorang operator kilang wanita yang memakai gelang merah jambu ke sebuah pasar raya dipercayai untuk ‘berbelanja’ Deepavali membawa padah apabila dia ditahan polis, semalam.

Tindakan wanita berusia 33 tahun itu yang dikatakan cuba menyorokkan gelang dipakainya di sebalik jaket lengan panjang disedari seorang penjaga pintu masuk premis.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, pengadu yang juga pengawal keselamatan dimaklumkan mengenai kejadian kira- kira jam 6.45 petang sebelum menghubungi polis.

Beliau berkata, wanita terbabit yang dipakaikan gelang merah jambu oleh Jabatan Kesihatan ditangan kanan dikesan dihadapan sebuah kedai kasut.

“Pengadu kemudian menyuruh wanita terbabit keluar daripada premis dan memintanya menunggu di hadapan pejabat keselamatan.

“Wanita terbabit ke pasar raya itu bersama seorang saudara lelakinya, katanya.

Afzanizar berkata, sejurus tiba polis mengambil butiran pengenalan diri wanita itu dan dia kemudian diarahkan balik ke rumah.

“Polis telah mengiring wanita itu pulang bagi memastikan dia sampai di rumah.

“Semakan mendapati wanita itu adalah pesakit dalam pemantauan (PUS) dan tempoh kuarantin berakhir pada 12 November,” katanya.

Menurutnya, tiada tangkapan dibuat, bagaimanapun dia dimaklumkan untuk serah diri ke balai polis selepas tempoh kuarantin berakhir serta keputusan ujian COVID-19 negatif.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya.

Views:

677
Kongsi :
Previous post Sulaiman pengerusikan Mesyuarat JK Khas Keselamatan Negeri
Next post Belanjawan 2021 bela usahawan Bumiputera
Ubah saiz-+=