GEDUNG LANDSKAP MPJ

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

JASIN 22 November – Inisiatif Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) untuk mengindah dan menghijaukan landskap dalam kawasan pentadbirannya turut membabitkan proses menanam sehingga 2,000 pelbagai jenis pokok hiasan di nurseri diusahakan di tapak seluas 0.8 hektar terletak berhampiran Stadium Mini Jasin.

Yang Dipertua MPJ, Mohd Shaiful Hizam Johan berkata, tapak berkenaan juga dijadikan sebagai tempat penyimpanan pokok hiasan bagi kegunaan pada majlis-majlis rasmi khususnya dianjurkan sekitar daerah Jasin.

“Tapak ini adalah lokasi baharu, kami berpindah ke sini kerana nurseri lama sudah sempit, pelbagai jenis pokok ditanam seperti bunga hiasan dan yang bersaiz besar.

“Pokok sudah mencapai tahap tertentu akan dipindahkan untuk ditanam di kawasan lapang sudah dikenal pasti atau bagi kegunaan projek naik taraf landskap,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini di pejabatnya di MPJ di sini, hari ini.

6196997862752109014
YANG Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Mohd Shaiful Hizam Johan. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Mengulas lanjut Mohd Shaiful berkata, nurseri berkenaan dikendalikan oleh kakitangan Jabatan Landskap dan Perkhidmatan Bandar (JLPB) MPJ.

“Pokok-pokok di nurseri ini memang untuk kegunaan dalaman MPJ sahaja, namun kami juga ada menerima tempahan daripada pihak luar, tetapi mereka dikenakan bayaran sewa mengikut kadar sudah ditetapkan.

“Setakat ini kami juga belum membuka tawaran atau jualan bagi pokok-pokok hiasan yang ada di nurseri kami,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

25
Kongsi :
Previous post TAHAP KEBERSIHAN TAK MEMUASKAN, DAPUR DUA HOTEL DIARAH TUTUP
Next post PENANTIAN 16 TAHUN BERBALOI
Ubah saiz-+=