Sorting by

×

GAYA HIDUP SIHAT BANTU CEGAH DIABETES

Masa Membaca:1 Minit, 39 Saat

BACHANG 10 November – Kempen kesedaran awam mengenai pentingnya amalan gaya hidup sihat bagi membantu mencegah diabetes perlu dilaksanakan dengan lebih agresif.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, menerusi kempen seumpama itu orang ramai juga akan diberikan tips mengenai pemakanan seimbang yang amat berguna dalam menghindari diabetes.

Katanya, hasil statistik Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023, hampir 2.3 juta orang dewasa di Malaysia menghidap tiga penyakit tidak berjangkit iaitu diabetes, hipertensi dan kolestrol tinggi.

“Berdasarkan statistik tersebut, 5.1 peratus orang dewasa menghidap diabetes dan kolestrol tinggi, sementara itu 2.9 peratus ,mengalami tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi dan obesiti, 1.2 peratus menghidap kencing manis, tekanan darah tinggi dan obesiti manakala 0.4 peratus menghidap kencing manis, kolestrol tinggi dan obesiti.

“Usaha lebih agresif perlu dilaksanakan bagi mempromosikan amalan gaya hidup sihat, sekali gus meningkatkan kesedaran mengenai risiko penyakit tidak berjangkit ini,” katanya ketika berucap menyempurnakan perasmian Sambutan Hari Diabetes Peringkat Negeri Melaka 2024 di Kipmall Melaka, di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Kesihatan Negeri Melaka, Dr. Ruzita Mustaffa dan Pengurus KipMall Melaka, Mohamad Elmy Othman.

Bertemakan Kenali Diabetes Demi Kesihatan Sejahtera, beliau berharap Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dapat memainkan peranan yang lebih bagi memastikan gerak kempen tersebut dapat memberi galakan kepada orang awam untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

“Hari Diabetes Sedunia disambut pada 14 November setiap tahun, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai bahayanya diabestes serta komplikasinya yang mampu mengakibatkan penyakit kronik lain.

“Justeru, bagi pihak Kerajaan Negeri, saya berharap sambutan ini diharapkan akan menjadi satu titik tolak untuk memperkasa penjagaan diabetes terutamanya pada waktu yang sukar berikutan jumlah pesakit yang semakin meningkat, namun kos belanjawan terhad.

“Oleh itu, saya menyokong usaha kerajaan terutama Kementerian Kesihatan Malaysia yang menganjurkan program berasaskan komuniti seperti kempen kurangkan gula,” katanya.

Dalam majlis tersebut, Hee Sem turut dibawa ke lima buah premis makanan dan minuman di Kipmall Melaka yang mengamalkan kempen kurangkan gula anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

122
Kongsi :
Previous post SIMULASI PENGURUSAN PPS BERI PENDEDAHAN KEPADA BAKAL GURU
Next post POLIS KENAL PASTI PEMANDU LORI LANGGAR MATI HARIMAU BELANG – NIK NAZMI
Ubah saiz-+=