
GARA-GARA ELAK BASIKAL, TIGA KENDERAAN TERBABIT KEMALANGAN
KOTA LAKSAMANA 4 April – Penunggang dan pembonceng motosikal cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di atas Jambatan Syed Abdul Aziz, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, tiga kenderaan terlibat adalah sebuah motosikal Yamaha Y15ZR, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima dan sebuah bas persiaran.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang sedang menghala ke arah Jalan Kota Syahbandar cuba mengelak basikal yang turut melalui jambatan berkenaan.
Katanya, ketika mengelak, MPV yang berada di belakang telah melanggar motosikal berkenaan sebelum sebuah lagi bas persiaran juga tidak sempat mengelak lalu merempuh belakang MPV.
“Akibat kemalangan itu, penunggang dan pembonceng motosikal telah mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Melaka untuk dapatkan rawatan.
“Keadaan trafik di lokasi kejadian adalah lancar,” katanya.
Beliau berkata, setakat ini, laporan polis belum dibuat oleh mangsa dan kenderaan terlibat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WTD, WTC 2025: MELAKA PERKENAL PAKEJ KHAS PELANCONGAN
SERI NEGERI 28 April - Pakej khas pelancongan akan diperkenalkan Kerajaan Negeri pada sesi pra pelancaran Hari Pelancongan Sedunia (WTC)...
TAK SEMPAT TAMATKAN PERLUMBAAN DI LITAR, GURU DISAHKAN MAUT AKIBAT SERANGAN JANTUNG
DURIAN TUNGGAL 28 April - Seorang guru lelaki disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan, kira-kira lima jam selepas mengalami...
MELAKA SASAR JADI PUSAT RUJUKAN TVET NEGARA – AB RAUF
SERI NEGERI 28 April - Melaka menyusun strategi bagi mencapai hasrat menjadikan negeri ini sebagai Pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal...
PUSAT SEHENTI HUBUNGKAN USAHAWAN MELAKA
SERI NEGERI 28 April - Kerajaan Negeri mewujudkan Pusat Sehenti Usahawan (OSCE) di Aras 5, Bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC)...
12 TUNJANG KELESTARIAN MELAKA – KM
SERI NEGERI 28 April - Sebanyak 12 tumpuan digariskan Kerajaan Negeri bagi merencana kelestarian pembangunan Melaka. Ketua Menteri Datuk Seri...
‘JANGAN CUBA-CUBA NIKAH SINDIKET’
SERI NEGERI 28 April - Lelaki Muslim di negeri ini yang bercadang untuk berpoligami diberi amaran supaya tidak menggunakan khidmat...