
Ganti khemah uzur
RIM 10 Oktober – Kesukaran penjaja menjalankan perniagaan menggunakan khemah uzur dan terkoyak menarik perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rim Datuk Khaidhirah Abu Zahar yang tampil menghulurkan bantuan.
Katanya, keadaan cuaca tidak menentu dengan kekerapan hujan dijangka berlarutan hingga hujung tahun ini, pastinya penjaja terbabit berdepan waktu sukar mencari rezeki.
“Selepas selesai urusan di Japerun Rim (kelmarin) saya ke Kampung Chinchin untuk membeli minum petang dalam cuaca hujan renyai.
“Saya lihat ada gerai peniaga yang sudah rosak dan koyak, namun tetap gigih mereka berniaga. Risau dengan keadaan itu saya minta pegawai saya untuk menghantar khemah kepada lima peniaga berkenaan,” katanya.
Beliau memaklumkan peniaga lain yang memerlukan khemah baharu boleh menghubunginya atau terus ke Pejabat Japerun Rim bagi urusan permohonan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH 35,000 KES PENIPUAN DENGAN KERUGIAN RM1.6 BILION DIREKODKAN TAHUN LEPAS – BUKIT AMAN
KUALA LUMPUR 3 Mac - Negara mencatatkan sejumlah 35,368 kes penipuan tahun lepas dan mengakibatkan kerugian RM1.6 bilion, kata Pengarah...
LELAKI DITAHAN, DISYAKI EDAR DADAH BERNILAI LEBIH RM50,000
PENGKALAN BATU 3 Mac - Polis Melaka melumpuhkan satu rangkaian pengedaran dadah susulan tangkapan dilakukan terhadap seorang pemuda berusia 22...
PENOLONG PENGURUS BANK RUGI LEBIH RM28,000 AKIBAT PINJAMAN WANG TIDAK WUJUD
JEMPOL 3 Mac - Seorang penolong pengurus sebuah bank kerugian RM28,112 selepas terperdaya dengan pinjaman wang tidak wujud diiklankan di...
JUAL 5,000 ANEKA KUIH SETIAP HARI
PENGKALAN BATU 3 Mac - Pejam celik, pejam celik, sudah 14 tahun Siti Suhana Bustaman, 35, berniaga di pasar Ramadan...
POLIS TAHAN SEPASANG WARGA EMAS BANTU SIASATAN KES LANGGAR LARI
KUALA LUMPUR 3 Mac - Suami isteri warga emas ditahan malam tadi bagi membantu siasatan kes langgar lari di kawasan...
KONGSI ILMU URUS SISA PEPEJAL, PERLUAS KEMPEN KITAR SEMULA
JASIN 3 Mac - SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)...