Ganjaran RM1,000 jika dapat Anugerah Dekan

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

TELOK MAS 23 Oktober – Mahasiswa dan mahasiswi dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas bakal menerima ganjaran RM1,000 jika mendapat Anugerah Dekan dalam setiap semester.

Itu janji yang diberikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Mas Datuk Abdul Razak Abdul Rahman ketika meluangkan masa dalam sesi sembang petang bersama penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di kawasan itu, semalam.

Menurut Abdul Razak, selain berbual dan berkenalan dengan golongan belia masa depan itu, beliau turut berkesempatan memberikan sumbangan duit belanja kepada mereka apabila pulang ke kampus masing-masing nanti.

“Saya juga berjanji nak berikan ganjaran RM1,000 seorang bagi mereka yang peroleh anugerah dekan dalam setiap semester.

“Ingat, belajar sungguh-sungguh. Banggakan mak ayah! Banggakan Telok Mas,” katanya pada satu hantaran di Facebook.

Pada majlis itu juga, Abdul Razak turut juga melantik Nurul Ain Azmi, 21, iaitu penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang nerasal dari Bukit Larang sebagai ketua mahasiswa mahasiswi Telok Mas.

Nurul Ain akan dibantu oleh Khairul Fahmi Shaharuddin, 22, dari Taman Seri Telok Mas belajar di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) sebagai pembantu.

“Saya lantik Nurul Ain ini sebagai tanda komited saya mengangkat kepimpinan wanita,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

6110
Kongsi :
Previous post Utamakan keselamatan sepanjang Deepavali
Next post Banjir: 8 kawasan di Melaka terjejas, 53 mangsa dipindahkan ke PPS
Ubah saiz-+=