
Gambar tular anjing dicat harimau bukan foto Bernama
Ketua Pengarang Bernama Khairdzir Md Yunus dalam kenyataan hari ini memaklumkan semakan mendapati ia merupakan foto lama yang pernah tersebar pada 2020 dan telah dikitar semula.
“Bernama tidak pernah mengeluarkan foto tersebut dan kesal dengan tindakan pihak yang tidak bertangungjawab memalsukan fakta kononnya foto itu dikeluarkan oleh Bernama,” katanya.
Foto yang dimuat naik di laman Facebook itu turut disertakan kapsyen dalam Bahasa Inggeris iaitu “Polis di Bahau Negeri Sembilan sedang mengesan seorang pemuda tempatan yang telah mewarnakan anjingnya seperti seekor harimau belang dan membiarkannya berkeliaran sehingga menakutkan beberapa orang mabuk yang lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri – Bernama.”
Setakat 7 malam ini, hantaran itu mendapat reaksi 40 individu dan telah dikongsi oleh enam pemilik akaun laman sosial berkenaan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
PENGASUH DIDAKWA BUNUH KANAK-KANAK PEREMPUAN TIGA TAHUN
KUANTAN, 12 Mac - Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....