Sorting by

×

Galeri Ketua Menteri Melaka diberi ‘sentuhan baharu’

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

AYER KEROH 20 April – Galeri Ketua Menteri Melaka bakal menjadi lokasi tumpuan baharu selepas kerja ubah suai dan baik pulih siap dilakukan pada pertengahan Mei depan.

Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Melaka (PERZIM) Datuk Akramudin Ab Aziz berkata, pihaknya sudah melakukan lawatan ke galeri itu baru-baru ini untuk melihat perkembangan kerja yang dijalankan.

Beliau berkata, sejarah berkaitan Ketua Menteri Melaka bermula daripada pentadbiran Datuk Kurnia Jasa Osman Talib hinggalah ke Ketua Menteri Melaka ke-12 Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali akan dipamerkan di galeri yang terletak di Bukit Peringgit, itu.

“Saya sudah pergi lawatan dan tiada masalah, selain dijangka dibukaa pada orang ramai selepas kerja-kerja baik pulih siap pada pertengahan Mei ini.

“Memang menjadi hasrat Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam untuk melihat Galeri Ketua Menteri itu dapat direalisasikan,” katanya.

Menurut beliau, kerja ubah suai dan baik pulih premis berkenaan menelan belanja kira-kira RM1.2 juta.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri khususnya, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) yang banyak membantu dalam memastikan peruntukan dapat diterima pada waktu itu.

“Di galeri itu orang ramai atau pelajar terutamanya boleh mengetahui sejarah pentadbiran, peranan serta siapa Ketua Menteri Melaka sebelum ini,” katanya.

Ujar Akramudin, bagi menarik lebih ramai pengunjung untuk mengunjungi ke Galeri Ketua Menteri Melaka itu nanti, pihaknya akan merangka program-program yang membabitkan pelbagai golongan.

“Sekiranya berjalan dengan baik, kita akan adakan program untuk imarahkan galeri ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1550
Kongsi :
Previous post Rumah terbuka Kerajaan Negeri peluang kenali pemimpin – KM
Next post Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama pagi ini
Ubah saiz-+=