Sorting by

×

Galak murid pendidikan khas bukti kecemerlangan dalam akademik

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

LENDU 6 Ogos – Tumpuan lebih serius dan lebih banyak peluang perlu diberikan kepada murid pendidikan khas bagi memastikan kemenjadian mereka dalam aspek akademik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, jika diberikan peluang tidak mustahil murid pendidikan mampu membuktikan bahawa mereka juga boleh melakar kejayaan yang membanggakan.

Sulaiman yang juga Ketua Menteri Melaka Ke-12 berkata, antara langkah boleh dilakukan untuk memupuk semangat mahu menggapai kecemerlangan dalam kalangan golongan itu adalah dengan meluaskan lagi akses kepada gerbang pengetahuan termasuk menggalakkan mereka memanfatkan kemudahan di perpustakaan awam.

“Pupuk mereka untuk menjadikan perpustakaan sebagai rumah kedua, manfaatkan masa dengan menimba ilmu. Bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, saya mahu memastikan murid pendidikan khas ini memanfaatkan perpustakaan awam sekitar Masjid Tanah.

“Kita tidak mahu golongan ini keciciran. Menjadi harapan saya untuk melihat anak-anak ini membuktikan prestasi mereka sama seperti murid yang lain,” katanya.

Beliau berkata, pihak sekolah dan ibu bapa juga perlu bersama-sama memainkan peranan dengan menggalakkan murid pendidikan khas meluangkan lebih banyak masa di perpustakaan.

Menurutnya, perpustakaan adalah sebuah tempat yang sesuai untuk melakukan apa sahaja aktiviti berkaitan akademik termasuk mengulang kaji pelajaran.

Terdahulu, seramai 100 pelajar dari 29 sekolah terlibat dalam program Karnival Jom Ke Perpustakaan dan Pemulihan Khas Ekspresi X-BaRa II diadakan di Perpustakaan Awam Masjid Tanah, baru-baru ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

129
Kongsi :
Previous post Pekerja kilang ais cemas, gas ammonia bocor
Next post 100 asnaf MAIM kini dilindungi insurans
Ubah saiz-+=