Sorting by

×

GADIS ‘BOLLYWOOD’ GEGAR LITAR ASAHAN

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

ASAHAN 23 Disember – Siapa sangka wajah gadis yang lembut ini tidak mampu menggegarkan litar kelapa sawit di Asahan.

Berasal dari India Nikeeta Takela, 24, sebenarnya pemandu rali wanita yang sedang meningkat naik di negara itu.

Melaka Hari Ini berkesempatan menemu bual Nikeeta yang mula memandu pada usia 20 tahun dan yang menariknya dia menggunakan Proton Satria Neo R3 sebagai jentera perlumbaan.

Katanya, menyertai Rally Of Asahan 2024 adalah pengalaman pertamanya dalam perlumbaan antarabangsa di Malaysia.

“Saya memilih Malaysia untuk peluncuran kali ini. Pada peringkat satu saya menghadapi masalah mekanikal, jadi kami tidak dapat memandu di ‘Special Stage’ 1, 2 dan 3.

“Namun, saya kembali ke pusat servis dan membaiki kereta. Selepas kereta selesai dibaiki saya kembali ke Special Stage 1 dan sekali lagi, menghadapi masalah mekanikal.

“Saya tidak berputus asa dan cuba membaiki kereta semula hanya untuk menghabiskan perlumbaan. Namun pada tiga peringkat terakhir, saya berjaya mencatatkan masa yang baik,” katanya ketika ditemui di Kompleks Japerun Asahan di sini, semalam.

Menurutnya, terlibat lebih tiga tahun dalam dunia sukan permotoran menjadikan dia tidak gentar dengan pelbagai cabaran sewaktu perlumbaan.

“Saya mendapat pengalaman yang baik di India dan telah menyertai dua musim Rali Kebangsaan India.

“Saya memegang 76 trofi setakat ini selain memegang empat gelaran pemandu terpantas bagi ‘autocross’ dan rali pecut, sudah tentu berada di Malaysia sangat mengujakan.

“Wanita boleh melakukan semua jenis sukan, saya bersyukur mempunyai ayah dan ibu yang sentiasa menyokong dan mendorong saya kerana inilah sebab utama mengapa saya berada di sini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

163
Kongsi :
Previous post KOLOKIUM OKU 2024 PROGRAM PEMULA ANGKAT MARTABAT ANAK ISTIMEWA
Next post TERIMA KASIH BANTU SURAU KAMI
Ubah saiz-+=