Sorting by

×

GADEK HOTSPRINGS DAYA TARIKAN PELANCONGAN KESIHATAN LUAR BANDAR

Masa Membaca:1 Minit, 46 Saat

GADEK 22 Januari – Kolam Air Panas Gadek yang dijenamakan semula sebagai Gadek Hotspring Wellness dan Spa Resort telah menelan kos naik taraf keseluruhannya berjumlah RM18,451,100.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata tujuan utama pembinaan semula dan penubuhan resort yang berkonsepkan ‘wellness’ dan resort spa di atas tanah 4.15 hektar itu bukan sahaja menawarkan perkhidmatan rawatan menggunakan air panas semula jadi.

Katanya, ia turut memberi tumpuan kepada pengukuhan mental dan fizikal kerana lokasi pelancongan yang terletak kira-kira 28 kilometer (km) dari Bandar Melaka itu dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk kolam air panas, bilik rawatan spa, pusat kecergasan serta penginapan yang selesa.

“Saya percaya inisiatif ini merupakan pelaburan penting bagi mempertingkatkan lagi kemudahan lokasi ini agar menjadi destinasi pelancongan kesihatan dan rekreasi utama yang semakin berkembang pesat.

“Alhamdulillah, sehigga 19 Januari 2025, dalam tempoh sebulan sebelum dirasmikan, kompleks air panas Gadek ini telah beroperasi  dan telah menerima kunjungan seramai 11,772 orang dari ‎‎dalam dan luar negeri.

“Kerajaan Negeri menyambut baik usaha proaktif ini dalam langkah menggerakkan potensi pertumbuhan ekonomi menerusi pelancongan kesihatan di samping menjadi salah satu daya tarikan luar bandar sekaligus memberi manfaat ekonomi menyeluruh,” katanya.

Img 1175
SUASANA orang ramai yang berkunjung ke Gadek Hotspring Wellness and Spa Resort. Foto Iqmal Haqim Rosman

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Gadek Hotspring Wellness and Spa Resort di sini malam tadi.

Hadir sama, Ketua Menteri Ke-12, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman dan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan.

Turut hadir, Exco Belia, Sukan dan NGO negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gadek, Datuk VP Shanmugam; Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri merangkap Timbalan Pengerusi Perbadanan Melaka (MCORP) Datuk Khaidhirah Abu Zahar dan Ketua Pegawai Eksekutif MCORP Datuk Mohd Yusof Abu Bakar serta barisan Exco, Timbalan Exco dan kenamaan lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

144
Kongsi :
Previous post PARAKOM DITEMPATKAN DI GADEK HOTSPRING, ELAK KEJADIAN TIDAK DIINGINI
Next post PEMBUKAAN SEMULA ‘KOLAM AIR PANAS GADEK’ BERI LIMPAHAN EKONOMI SETEMPAT
Ubah saiz-+=