Sorting by

×

Gabungan semua IPT rancakkan kejohanan Sukan

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

TABOH NANING 9 Disember – Penganjuran sukan membabitkan mahasiswa dari pelbagai institut pengajian tinggi (IPT) akan terus diperkasakan di negeri ini bagi melahirkan pelajar yang berintegrasi nasional menerusi sukan.

Exco Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi negeri, Datuk Rais Yasin berkata usaha itu akan ditumpukan dengan lebih banyak institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) di Melaka serta gabungan seluruh IPT zon selatan akan menyertai kejohanan sukan pada masa akan datang.

“Kita akan berbincang dengan pelbagai pihak termasuk antaranya sekretariat Majlis Sukan IPTS Malaysia (Masiswa) untuk memastikan Melaka dapat dijadikan sebagai tuan rumah untuk penganjuran sukan pada tahun akan datang.

“Seperti penganjuran yang diadakan hari ini di peringkat Zon Selatan disertai 15 penyertaan dari IPTS berbanding 25 penyertaan di zon timur sedangkan kita pasti mempunyai banyak lagi IPTS yang boleh menyertai kejohanan ini dan mungkin perkara ini terhalang disebabkan pasca pandemik mahupun kekangan bajet dan sebagainya.

Apapun kita berharap selepas ini akan lebih banyak lagi penyertaan di Melaka dan berharap negeri ini mampu menjadi tuan rumah dalam kejohanan akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali merasmikan Kejohanan Sukan Masiswa Peringkat Zon Selatan 2022 diadakan di Kolej Universiti Agorsains Malaysia (Ucam), di sini hari ini.

WhatsApp Image 2022-12-09 at 7.40.41 PM
RAIS menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta.

Terdahulu, dalam perasmian pembukaan itu kejohanan dijadulkan berlansung esok hingga Ahad akan menganjurkan lima kejohanan antaranya ping-pong, catur, boling, futsal dan bola jaring dan akan dianjurkan di beberapa lokasi di sekitar negeri ini.

Dalam kejohanan tahunan dianjurkan Masiswa kali ini telah membabitkan lebih 600 atlet mahasiswa terdiri daripada 15 IPTS dari negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2144
Kongsi :
Previous post Op Soga: 412 individu ditahan disyaki terlibat judi Piala Dunia Qatar
Next post Lapan individu ditahan terlibat sindiket pelaburan dalam talian
Ubah saiz-+=