
FUNGSI ‘RELOAD’ MELAKA SMART PARKING MASIH TUNGGU PENGESAHAN
AYER KEROH 2 Oktober – Orang ramai yang ingin meletak kenderaan di petak parkir disediakan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) diminta untuk menggunakan portal laman sesawang melakasmartparking.mbmb.gov.my buat sementara waktu.
MBMB dalam satu notis memaklumkan, portal berkenaan boleh digunakan bermula hari ini (2 Oktober), sementara menunggu aplikasi pintar baharu Melaka Smart Parking berfungsi sepenuhnya.
Menurut MBMB, kaedah alternatif itu disediakan sementara menunggu fungsi ‘reload’ dalam aplikasi Melaka Smart Parking mendapat pengesahan Google Play Store.
“Mohon agar pengguna bersabar dan menggunakan portal laman sesawang di melakasmartparking.mbmb.gov.my mulai hari ini, 2 Oktober 2024 bagi tujuan ‘One Time Purchase Parking’ sahaja.
“Bagi pengguna yang mempunyai baki kredit lama, boleh menggunakan baki tersebut seperti biasa. Pihak kami akan membuat pemakluman dari semasa ke semasa,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘PERANG’ DODOL PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 18 Mac - Meriah bagaikan malam raya..Itu suasana yang dapat dilihat di Pentas Budaya Pantai Puteri, di sini,...
4.8 TAN MAKANAN DISELAMATKAN DI MELAKA
AYER KEROH 18 Mac - Inisiatif menyelamatkan lebihan makanan menerusi program MySave Food (MSF) menunjukkan impak positif dengan lebih 4.8...
BOLEH MOHON SOLAT SUNAT AIDILFITRI DI SURAU, PADANG AWAM
TANJUNG BIDARA 18 Mac - Bagi memberikan keselesaan kepada perantau yang pulang ke kampung, Jabatan Mufti Negeri Melaka membuka permohonan...
MELAKA KOMITED PASTIKAN SETIAP RAKYAT YANG LAYAK DIBANTU
ALOR GAJAH 17 Mac - Agihan sumbangan diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri disalurkan kepada mereka yang layak tanpa mengira mengira perbezaan...
SAMBUTAN MERIAH BAZAR AIDILFITRI MELAKA PETANDA EKONOMI BAIK
KLEBANG 17 Mac - Kehadiran ribuan pengunjung ke bazar Aidilfitri utama di negeri ini menunjukkan keadaan ekonomi rakyat Melaka berada...
KETUA MENTERI SINGGAH BAZAR RAMADAN ALOR GAJAH
ALOR GAJAH 17 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, sempat singgah untuk meninjau sendiri kemeriahan suasana...