Sorting by

×

FRANCISSCA PETER BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA DUN TABOH NANING

Masa Membaca:57 Saat

TABOH NANING 7 April – Penyanyi popular era 1980-an, Datuk Francissca Peter, bakal memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning, dijadualkan berlangsung di Japerun Taboh Naning pada 26 April ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning, Datuk Zulkiflee Mohd Zin berkata, selain itu pihaknya juga bercadang untuk menampilkan seorang lagi penyanyi popular lelaki tempatan iaitu Ameng Spring pada penganjuran rumah terbuka berkenaan.

Katanya, sementara itu bagi memastikan kepuasan tetamu menjamu selera pihaknya bercadang untuk menghidangkan makanan seperti ayam golek, sate, nasi goreng, ketupa, rendang dan buah-buahan.

“Memang hasrat saya untuk bawa Francissca Peter ke DUN Taboh Naning untuk memeriahkan lagi penganjuran rumah terbuka, diharapkan semua perancangan ini berjalan dengan lancar.

“Saya juga melihat semula senarai menu untuk tetamu, berikutan itu timbul cadangan untuk sediakan sate kerana hidangan itu belum pernah disediakan pada penganjuran rumah terbuka sebelum ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Zulkiflee yang juga Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, mempelawa serta mengalu-alukan kehadiran tetamu dalam DUN Taboh, Naning, sekitar Melaka dan luar dari negeri ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

643
Kongsi :
Previous post SIDANG DUN MELAKA PENGGAL KEEMPAT PADA 25, 28 DAN 29 APRIL INI
Next post REMAJA OKU HILANG DITEMUI DI SUNGAI PETANI