Fokus stabil urus tadbir negara dan perangi COVID-19

Masa Membaca:52 Saat

ALOR GAJAH 9 Jan. – Desakan segelintir pemimpin politik yang mahu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan segera dilihat menaikkan kembali suhu politik di negara ini.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berpendapat, sewajarnya isu pilihan raya tidak sepatutnya dibahaskan di saat rakyat bergelut dalam memerangi pandemik COVID-19 dan bencana lain.

Sebaliknya, beliau menekankan sepatutnya pada waktu ini, barisan kepimpinan politik dan negara harus bersama-sama untuk memikirkan formula menstabilkan urus tadbir negara di kala mengharungi pandemik yang melanda global.

“Pemimpin perlu menstabilkan urus tadbir negara khususnya dalam memerangi COVID-19 dan bencana banjir dan bukannya berbahas untuk mengadakan pilihan raya,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Khatan Perdana 5.0 di Anggerik Malaysia, Kelemak, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, sekiranya pilihan raya terus dipolitikkan, negara ini akan terus tersekat pada kedudukan semasa dan tidak akan maju.

“Kalau mereka politikkan hal ini (pilihan raya), susahlah negara nak maju ke hadapan sebab kita sudah nampak pada hari ini orang (rakyat) melihat di sekeliling kita,” katanya.

Views:

406
Kongsi :
Previous post Pembinaan Surau Hj Harun diteruskan
Next post Semua projek perlu dilengkapi Internet – KM
Ubah saiz-+=