
Fokus kepada tugas di MOF, tidak fikir isu politik – Tengku Zafrul
PUTRAJAYA, 8 Jun – Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata beliau tidak memikirkan isu politik termasuk khabar angin akan bertanding di kerusi Parlimen Kuala Selangor kerana tumpuannya sekarang adalah terhadap usaha pemulihan ekonomi negara.
“Sekarang ini masih lagi pada tugas di MOF (Kementerian Kewangan), tidak ada memikirkan isu politik. Isu yang sedang dihadapi (sekarang) dalam pemulihan negara dan fokus kepada tugas kita,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis hari raya di sini hari ini mengenai khabar angin bahawa beliau menyasarkan kerusi Parlimen Kuala Selangor sebagai lokasi penampilan sulungnya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) atas tiket UMNO.
Dilaporkan pemilihan Kuala Selangor sebagai “daerah angkat” MOF dan kekerapan turun ke kawasan itu menjadi petanda bahawa Tengku Zafrul akan bertanding di kawasan itu pada PRU15.
Namun ketika ditanya lebih lanjut hasrat beliau untuk bertanding, Tengku Zafrul berkata : “Bukan pada masa ini.”
Kerusi Parlimen Kuala Selangor kini disandang Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad daripada Amanah, yang sebelum ini dilaporkan berkata beliau tidak akan bertanding pada PRU15 kerana mahu memberi peluang kepada pemimpin muda Amanah. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM PERKENAL SKIM BANTUAN SIMPANAN PELAJARAN ANAK ASNAF
TELOK MAS 15 Disember - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkenalkan satu lagi skim bantuan baharu dalam membantu pendidikan anak-anak...
MINAT MAIN DAM BAWA TUAH, AHCHAI RANGKUL KEMENANGAN BERGANDA
AYER KEROH 15 Disember - Bermula dengan minat bermain dam aji dan menjadikannya sebagai hobi, tuah berganda menyelebahi Ng Hock...
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
