
Fiesta Sukan Bendang Durian Tunggal kembali lagi
DURIAN TUNGGAL 6 Jun – Fiesta Sukan Bendang Durian Tunggal 2024 yang akan diadakan pada 14 Julai depan menyasarkan kehadiran lebih 2,000 pengunjung.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Zahari Abd Kalil berkata, penganjuran fiesta itu diteruskan berikutan sambutan daripada penduduk setempat sebelum ini amat mengalakkan.
“Seperti biasa fiesta ini akan diadakan di Kampung Beringin, pelbagai aktiviti sukan menarik disediakan seperti mengecal ikan, tarik tali dalam bendang, pukul bantal, bola baling dan lain-lain lagi.
“Aktiviti bermula jam 8 pagi sehingga petang, kita jangka fiesta kali ini lebih meriah kerana turut mengundang artis jemputan seperti Didie Alias dan rakan-rakannya,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Beliau yang juga Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri berkata fiesta berkenaan akan mengimbau semula nostalgia penduduk kampung.
“Ini juga salah satu platform untuk memperkenalkan kepada anak-anak muda hari ini bagaimana cara dan gaya hidup orang kampung masa dahulu,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...