FFM32: Melaka jadi tumpuan penggiat seni seluruh Malaysia, negara serantau – Exco

Masa Membaca:54 Saat

AYER KEROH 29 November – Festival Filem Malaysia Ke-32 (FFM 32) yang diadakan di Encore Melaka, 2 Disember ini akan dihadiri lebih 1,500 jemputan termasuk artis veteran, penggiat seni tempatan dan luar negara.

Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, penganjuran festival itu dijangka dapat meningkatkan jumlah kehadiran pelancong ke Melaka sekali gus mencapai sasaran 5.6 juta pelancong tahun ini.

“FFM akan bermula jam 8.30 malam, kita berusaha membawa FFM ke Melaka sejak tahun 2019, akhirnya Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berjaya merealisasikannya.

“Sudah tentu kita dapat menarik ramai pelancong khususnya domestik, saya difahamkan juga ada artis luar negara yang turut hadir dalam FFM kali ini.

“Ini akan menjadi pemangkin bagi industri pelancongan domestik serta luar negara selain menarik pengunjung dari Singapura, Indonesia dan Thailand ke Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu temubual bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini, hari ini.

Muhammad Jailani turut berharap festival berkenaan menjadi menjadi acara paling berprestij pada tahun 2022 sekali gus merancakkan sektor pelancongan Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2480
Kongsi :
Previous post Sidang DUN Melaka pada 12 hingga 15 Disember – Speaker
Next post Wanita nyaris maut kereta rempuh lori 25 tan
Ubah saiz-+=