FESTIVAL PANTAI, FESTIVAL LAYANG-LAYANG GERGASI ACARA BESAR BULAN INI

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 2 September – Pesta Pantai Melaka 2024 dan Festival Layang-Layang Gergasi Melaka 2024 dijadualkan dari 14 hingga 16 September ini antara acara besar diatur bagi merancakkan kalendar pelancongan sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata, Pesta Pantai Melaka 2024 bakal memeriahkan suasana di pantai peranginan Tanjung Bidara, Masjid Tanah.

Mengulas lanjut Abdul Razak berkata, festival itu dijayakan hasil kerjasama Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Japerun Tanjung Bidara.

“Antara pengisian Pesta Pantai ini adalah Family Fun Walk; Fun Run; Panjat Tiang Licin dan Tarik Tali dijangka menggamit kehadiran ramai pengunjung serta pelancong.

“Majlis perasmian festival ini dijadualkan pada 15 September dan lebih menarik kita juga akan melakukan Cabutan Bertuah TMM2024 bagi bulan Ogos pada majlis sama,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Abdul Razak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Mas berkata, Festival Layang-Layang Gergasi Melaka 2024 pula dijangka berlangsung di Klebang bakal membabitkan 100 peserta tempatan dan antarabangsa seperti China, Singapura serta Taiwan.

“Kita jemput orang ramai, pengunjung dan pelancong untuk hadir, kerana pelbagai pengisian menarik diatur sepanjang tiga hari festival ini berlangsung seperti persembahan layang-layang gergasi, bengkel layang-layang selain persembahan layang-layang bercahaya.

“Pada festival ini juga akan berlangsungKarnival Usahawan 2024 yang menghimpunkan lebih 100 usahawan negeri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

908
Kongsi :
Previous post POGHUT CUP DIANGKAT JADI ACARA TAHUNAN
Next post ARTIS ISTANA BUDAYA MERIAHKAN MELAKA BILA LARUT MALAM
Ubah saiz-+=