Sorting by

×

FESTIVAL MASAKAN WARISAN AKAN DIPERLUAS KE PERINGKAT SEKOLAH

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

BANDA HILIR 29 Disember – Festival Masakan Warisan akan diperluaskan ke sekolah- sekolah Negeri Melaka bermula tahun hadapan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, usaha itu bagi memastikan generasi muda masa kini mengenal dan tidak kekok apabila berbicara mengenai masakan warisan.

Katanya, pelaksanaannya bagaimana akan dibincangkan lebih lanjut namun inisiaitf itu perlu diperluaskan ke peringkat sekolah di negeri ini.

“Kita tidak mahu anak-anak muda tidak mengenal lempeng, ubi kayu malahan mengangungkan makanan barat seperti piza, burger dan sebagainya.

“Inisiatif ini bertujuan untuk mengekalkan warisan tidak ketara kepada generasi akan datang bukan sahaja mengenali makanan warisan malahan mereka tahu cara dan kaedah memasak makanan tersebut.

“Festival Masakan Warisan Melaka akan dijalankan secara berjadual setiap tahun dan diperluas ke sekolah-sekolah untuk memastikan pelajar sekolah kenal masakan warisan negeri, sekali gus memastikan ia tidak ditelan zaman,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Festival Masakan Warisan 2024 di Jalan Kota di sini hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman serta Timbalannya, Datuk Zaidi Attan, Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Erne Hamsah serta kenamaan lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

120
Kongsi :
Previous post KEMASUKAN PENGUNJUNG KE MUZIUM SEPANJANG 2024 ‘MELONJAK’
Next post PERMOHONAN BAZAR AIDILFITRI MEGA BANDA HILIR MENGGALAKKAN
Ubah saiz-+=