
Festival Malakka Dutch pamer keunikan warisan Belanda
BANDA HILIR 14 Julai – Pameran bahan-bahan tinggalan Belanda di Melaka menerusi Festival Malakka Dutch yang berlangsung sehingga 21 Julai ini bakal mengimbau anda ke zaman 1641.
Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Zaidi Attan berkata, selain mempamerkan banyak artifak penting Belanda, terdapat pelbagai pengisian lain seperti aktiviti mewarna, bazar kuih-muih Belanda, persembahan muzikal dan bengkel dibuat untuk pengunjung.

Katanya, aktiviti yang diadakan di sekitar bangunan Stadthuys dan Muzium Sejarah ini secara tidak langsung mempromosikan pelancongan warisan negeri ini ke negara luar.
“Sebahagian daripada pameran di sini juga merupakan artifak asli yang berada di beberapa muzium dalam Melaka dan Belanda.
“Kita cuba membawa kembali ingatan sejarah ini khususnya dalam pembinaan sebuah negara bangsa,” katanya.
Beliau berkata demikian pada perasmian Festival Malakka Dutch di sini.

Hadir sama, Duta Besar Belanda ke Malaysia, Tuan Yang Terutama, Jacques Werner, Pengurus Besar Perzim, Erne Hamsah dan Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka, Sa’ari Basiron.L
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.