Sorting by

×

Festival D’Bendang Melaka tahun hadapan lebih ‘havoc’

Masa Membaca:1 Minit, 37 Saat

SUNGAI RAMBAI 12 Ogos – Penganjuran Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) @ Festival D’Bendang Melaka pada tahun hadapan pasti akan lebih meriah dengan peruntukan RM1.5 juta yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai Siti Faizah Abdul Azis berkata, pengumuman peruntukan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri itu bukan sahaja berita baik malah amat ditunggu-tunggu.

“Saya amat teruja apabila peruntukan itu diumumkan, kami diperingkat Kerajaan Negeri amat berbesar hati apabila Timbalan Perdana Menteri umumkan RM1.5 juta khas untuk penganjuran Mini KUD @ Festival D’Bendang Melaka tahun depan.

“Malah saya juga berbesar hati dengan pengumuman penganjuran Mini KUD sebagai acara tahunan kerana ia membabitkan pembangunan sosio dan ekonomi terutamanya dalam kawasan Sungai Rambai,” katanya.

Siti Faizah berkata demikian, ketika ditemui selepas majlis perasmian Mini Karnival Usahawan Desa @ Festival D’Bendang Melaka 2024 yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, semalam.

Majlis turut dihadiri Ketua  Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh  Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azhar Arshad serta Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman.

Yang turut hadir, Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh; Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan  Desa  dan  Wilayah (KKDW), Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta tetamu lain.

Beliau yang juga Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri berkata, bagi perancangan penganjuran itu pada tahun hadapan, pihaknya akan bersama-sama berbincang dengan KKDW.

“Acara tetap akan sama tetapi mungkin ada sedikit perubahan yang kita akan ketengahkan namun tidak akan lari dari konsep asal tetapi pastinya akan lebih ‘havoc’.

“Sudah pasti kita akan perhalusi lagi dengan KKDW berhubung apa lagi pengisian yang hendak dibawa pada penganjuran itu ditambah dengan peruntukan yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri itu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

440
Kongsi :
Previous post ‘Ab Rauf fikir jauh ke hadapan’
Next post Mangsa banjir di Alor Gajah meningkat kepada 360 orang
Ubah saiz-+=