FELDA, FELCRA dan RISDA disaran manfaat tanah terbiar untuk tanaman makanan
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata agensi itu seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) dan Pihak Berkuasa Kemajuan Perusahaan Kecil Getah (Risda).
“Hanya 1.2 juta hektar tanah negara dimanfaatkan untuk tujuan tanaman makanan berbanding tujuh juta bagi tanaman kelapa sawit dan getah,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat.
Selain itu, Anwar berkata kerajaan akan menyediakan sejumlah RM30 juta untuk bekerjasama dengan beberapa kerajaan negeri bagi melaksanakan projek-projek agromakanan.
Beliau berkata, di samping itu, Kementerian Pertahanan dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) beserta syarikat lain juga akan melaksanakan projek peningkatan pertanian bijirin jagung domestik selain untuk meningkatkan keterjaminan makanan.
“Ini akan memberi peluang kerjaya kepada veteran tentera. LTAT menyediakan tanah perladangan seluas 70 ekar untuk melaksanakan projek ini,” katanya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.