Fasiliti KKM di Melaka masih boleh bayar tunai

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

TELOK MAS 24 Julai – Rakyat di negeri ini masih dibenarkan melakukan pembayaran secara tunai di semua fasiliti kesihatan di Melaka.

Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata keputusan itu dibuat mengambil kira kesukaran yang akan dihadapi oleh penduduk terutamanya apabila membabitkan warga emas dan penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar.

Beliau berkata, namun begitu pihaknya menyambut baik pendekatan diambil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tidak akan menggunakan pembayaran secara tunai di semua fasiliti KKM bermula Oktober depan.

“Itu cadangan yang bagus tetapi Melaka kita masih lagi gunakan kaedah tunai sebab di Melaka ini banyak klinik kesihatan di kampung dan ada warga emas yang tiada aplikasi serta kad debit, jadi ini menyukarkan mereka.

“Di Melaka kita galakkan siapa yang hendak guna tanpa tunai silakan tetapi masih lagi akan kekalkan kaedah konvensional,” kata.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pulau Undan, hari ini.

Sementara itu menurut Akmal, sebanyak enam kes influenza yang dimasukkan ke Hospital Melaka direkodkan pada minggu Epid ke 29.

“Daripada enam kes dua adalah dewasa manakala bakinya membabitkan kanak-kanak.

“Kadar penggunaan katil di Hospital Melaka pula bagi kes influenza adalah 0.62 peratus manakala kadar penggunaan katil keseluruhan pula adalah sebanyak 91.34 peratus,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1314
Kongsi :
Previous post OKU PPDK meriahkan Hari Belia Negara Daerah Alor Gajah
Next post Penantian berakhir, kehilangan Muhammad Iman terjawab – Ibu
Ubah saiz-+=