
Family Store Bachang ditutup sementara bermula esok
PENGKALAN BATU 25 Ogos – Pasar raya Family Store Bachang di Jalan Tun Fatimah, di sini akan ditutup sementara bermula esok hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Pihak Pengurusan Family Store Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan itu dibuat bagi kerja sanitasi dan nyahcemar di premis berkenaan.
“Adakah dimaklumkan bahawa pasar raya Bachang Family Store akan ditutup sementara mulai 26 Ogos 2021 (Khamis) untuk aktiviti sanitasi sehingga dimaklumkan kelak.
“Kami akan kembali bertemu anda dengan peningkatan tahap keselamatan yang lebih baik serta menyediakan suasana membeli-belah yang selamat,” tulis kenyataan itu di laman Facebook Family Store Melaka.

Terdahulu, tular di aplikasi WhatsApp memaparkan foto notis perintah tutup premis berkenaan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Notis tersebut memaklumkan pasar raya itu diarah tutup selama 14 hari bermula jam 7.30 malam hari ini sehingga 8 September depan.
Ia bertujuan bagi menjalankan kerja-kerja membasmi kuman serta mengambil langkah mencegah sesuatu penyakit berjangkit.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
TAMBAKAN LAUT ATASI HAKISAN PANTAI TELOK GONG
KUALA LINGGI 7 April - Projek tambakan laut bagi mengatasi masalah hakisan berlaku di Pantai Telok Gong di Dewan Undangan...
JALAN PINTAS BAHARU DUN RIM JIMATKAN 15 MINIT MASA PERJALANAN
RIM 7 April - Penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Asahan dan Nyalas bakal menikmati satu lagi kemudahan hasil...
KIOS FOTO SUASANA KAMPUNG MERIAHKAN RUMAH TERBUKA DUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 7 April - Selain menjamu selera dengan aneka pilihan makanan, tetamu singgah ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan...
TIGA PEKERJA MAUT SEMASA KERJA PEMBERSIHAN DALAM LUBANG PEMBETUNG DI LENGGONG
IPOH 6 April - Tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia meninggal dunia akibat lemas dalam lubang pembetung, semasa melaksanakan kerja...
POLIS BURU DUA LELAKI RAGUT SURI RUMAH
MELAKA 6 April - Polis sedang memburu dua suspek meragut seorang wanita di hadapan sebuah rumah di Taman Paya Dalam,...
GADIS OKU HILANG SELEPAS KELUAR BERMAIN DI TAMAN PERMAINAN
MELAKA 6 April - Seorang gadis orang kurang upaya (OKU) yang mengalami masalah pembelajaran berusia 18 tahun dilaporkan hilang selepas...